Ahlanwasalan... Sawadikap. Hhhmm ary ni aku nak story pasal ape yang berlaku di sekeliling kita. Senario yang kerap kite lihat dan alami walhal sebenarnye bukan ape yang diajar oleh agama kite. Senario yang bukan la sedap mata memandang tapi makin menyesakkan MATA DAN HALWA TELINGA. Nak tahu? Check it out...
Situasi 1:
Pakai tudung tapi berpelukkan dengan lelaki depan khalayak umum. Tak malu ke? Kalo Cina ke? Lain la agama diaorang tak menegah perbuatan sedemikian. Ni tak, dah la melayu pakai tudung pulak tu. Korang nak ke nanti ade orang cakap,
"Eh! anak sape tu berpeluk-peluk? Mak dia tak ajar ke? Tak belajar agama ke?"
Janganlah kite jadi macam ni. Buat malu jea. Mintakla dijauhkan yea.
Situasi 2:
Pakaian dah macam mek salleh. Padahal melayu kite. Bile tanye agame. Jawab islam. Tapi pakaian dah macam orang KAPIR. Nauzubillah.
Situasi 3:
Artis buat photo shoot dengan bukan muhrim sampai berlage-lage "aset berharge" tu. Orang macam ni ke nak jadi contoh kepada masyarakat. Yang macam ni ke kite nak jadikan ikutan???
Situasi 4:
Pembuangan bayi yang sangat2 la kerap kite dengar. Dah pandai buat tak berani pulak nak tanggung. Berani buat anak tu pandai-pandailah jage. Ni tak buang kat tong sampah la, tanam hidup hidup la, buang dalam lubang tandas la. Ish ish lebih zalim dari binatang. Sape punye keje tu??? Melayu kite. Lebih teruk dari zaman jahiliah. Wajarkah bayi yang tidak berdosa ini menjadi mangsa?
Remaja perempuan bergaduh bergusti tanpa pikir maruah diri kerana berebutkan lelaki. Ape untungnye korang jatuhkan maruah korang untuk jantan cam tu?? Korang ingat kalo korang menang pun lelaki tu nak ke kat korang?
Situasi 6:
Gejala pondan, pengkid, bohsia, black metal dan seumpama dengannye la. Sape yang join geng2 ni?? Anak2 melayu beb. Betul-betul buat malu kaum.
gambar hiasan. Rosak rosak.
Situasi 7:
Ramai anak melayu yang bersikap umpama kacang lupakan kulit. Mereka sanggup memukul ibu dan bapa yang membesarkan mereka hanya kerana permintaan mereka tidak dipenuhi. Sehingga sanggup membunuh ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkannya.
Janganla kite ikut perangai seperti anak derhake tersebut.
Situasi 8:
JENAYAH. Pembunuhan kejam, ragut, rogol, cabul, rompak. Mungkin bukan semua la daripada jenayah tersebut dilakukan oleh melayu kite. Namun hakikat yang tak dapat disangkal lagi ialah sememangnye jenayah tersebut biasanye dilakukan oleh orang melayu sendiri. Kerana sikap dengki, iri hati, tamak dan nafsu mengatasi akal menyebabkan berlakunye jenayah tersebut.
watch this.
Aku rase cukupla sampai sini aku membebel. Harap kite semua tak terlibatla dengan perkara dan perbuatan yang telah aku ceritakan di atas. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. Akhir kate tepuk dada tanya iman.