Pages

OPEN 24 HOURS


I made this widget at MyFlashFetish.com.

PENG!KUT

Tuesday, April 19, 2011

AL K1SAH H!DUPKU D! PLKN

Eh korang aku ada cite ni.. nak dengar tak aku nak cite ni?? Aku nak cita pasal hidup aku kat PLKN ni. Aku dapat kem Indera Pahlawan Maran. Hari pertama aku jejak kaki dekat kem tu. Hmmm nak tahu pe aku rase??? excited doe. Takut pun ada gak sebab aku tengok jurulatih semua serius je. Tapi diaorang semua baik sebenarnye. Kem aku la kem lain aku tak tahu la pulak. Saat yang menyeksekan nak tahu ape? Mestila mase terpaksa berpisah dangan phone. Nak tak nak kene gak bagi. Then bercerita lak pasal dak dorm. Budak katil sebelah aku ni budak KL taw. Peah name dye. Nampak cam pendiam je so aku nak cakap banyak2 pun tak berani. Yang sebelah lagi dak Kuantan Sarah. Nasib baik la dak yang duk sebelah aku dalam bas tu satu dorm ngan aku. Nama dia Ana. Kalau tak aku pun tak tahu nak borak ngan sape. Dak kemaman ade 3 orang je lam dorm tu termasukla aku.







ni lah kem aku korang ade???


Ary seterusnye aku mule rase bosang.. ye la mane doknye. Ary2 kene bebel kot. Lepas tu asyik duk dalam kelas je. Tapi duk dalam kelas best aw. Sebab ape? Yela teduh tak kene panas. Tapi dalam kelas la banyak bende yang aku belaja. Dalam kelas CB aku mula membina keyakinan untuk bercakap depan orang ramai. Sikap bertanggungjawab. Tidak boleh menyalahkan orang lain atas kesalahan kite sendiri. Ye la kite manusia kan kadang2 silap kita sendiri kita masih nak salahkan orang lain. Itulah kalau dah namenye manusia. Mase ni gak aku dapat menunjukkan bakat yang sekian lame terpendam ni. Nak tahu ape berlakon la. Tapi.. hah, ada tapi taw.. aku cume jadi orang gaji je. Part aku pun skit je. Nak wat cam ne. Redo je la. Bukan tu je. Aku belaja gak tentang kegunaan otak. Korang tahu otak kanan ni lebih kepada kreativiti. Otak kiri lebih kepada penyelesaian masalah. Kenangan paling best lam kelas. Mase kiteorang persembahkan tarian satu Malaysia. Bestt giler kot. Satu ary training tarian uh. Yang lawaknye kiteorang ingatkan mase dah cukup bile p'sembahan kiteorang dah habis sekali ade lagi 4 minit da. Last2 kiteorang hentem je la. Memang lawak giler. Nasib baik dyeorang pandai menari, aku follow je. Memang banyak la kenangan dalam kelas ni. Yang paling penting mase ni gak la aku jumpe 'si dia' yang penakut nak terus terang tu. Eh tak bole cakap lebih2...


Cite pasal aktiviti fizikal lak. Kiteorang kat sini best tau. Kiteorang belaja dan dapat rase sendiri pengalaman berperang. Bukan berperang betul2. Ish korang ni. Maksud aku menembak guna M16 tapi bukan tembak ikut dan je aww. Tembak kat papan sasar lah. Memang best giler pengalaman ni. Walaupun panas tapi tetap best. Kau ade? Ni dak PLKN je dapat rase taw.

ni lah dye M16 yang aku maksudkan tuh.

Hah.. lagi aktiviti yang aku suke. Hah. Kembara Halangan. Nampak mudah, tapi tak la semudah yang kite nampak. Aktiviti ni memerlukan kerjesama yang sangat kuat aw. Macam aur dengan tebing la. Tak caye?? tgk ni...


skunk dah caye?? Tapi aktiviti ni lah telah meninggalkan kesan yang mendalam, mase ni gak la lutut aku telah bengkak kerana terhantuk besi(akibat tidak berhati-hati). Haha sakit kut sampai berbalut. Padan la dengan muke. Lagi.. Kali ke2 buat aktiviti tu t'jadi lagi incident yg tidak diingini. Mase aku membantu kawan aku untuk melepasi tembok setinggi 6 kaki. Tiba-tiba........ ooouuucchhhh spike boat dye terkena bibir aku akibatnye oh no bibir aku yang comel ni dah jadi cam bibir Angeline Jolie. Ni lagi sakit doe. Ishh sob sob malang sungguh nasib aku kan. Korang kesian tak???


Ha? Ape? Nak taw lagi cite. Mmm pe lagy erk nak kabo. Ade2. Ni lagy best nak cite. Mase kiteorang wat flying fox and rapelling. Mood mase ni??? dah macam nescafe three in one da. Excited+debo+gugup.. semua ade la. Debo?? mestila mase nak turun tu. Gugup?? Mase duk kat atas menare tu. Tinggi kut. Excited? Mestilah mase da turun tu, mule2 je takut. Bile dah turun best giler. Cikgu nak buat lagi bole?? Hehehe mane bole sekali sorang je la. Ko nak wat banyak kali, buat la sendiri turun dari KL tower tu. Lagi best??? Best ke? Tak sanggup aku.




Rapelling lak. Ni lagi best. Sape yang b'langak sangat, rase dye tu berani. Cube buat ni. Tengok sikit berani ke tak. Tapi siyes yang ni lagi kecut perut aku nak buat. Rase macam nak terkeluar semua isi perut ni. Dasyat kan. Hah? Ape? Tak tahu rapelling tu ape.. hmmm jap jap nanti aku tunjuk kat korang. Tarraaa...



ni lah dye rapelling tu. Best kan. Nampak senang tapi susah gak benonye. Ni dak PLKN je rase. Korang rase?? Tak kan?

Pe lagy yang best kat PLKN ek? Jap jap bagy aku pikir lu. Pertandingan kat sana. Semua best contohnye, lagu patriotik, kuiz kenegaraan, menembak pun b'tanding aww, jgn main2.

Hari sukan pun ade aww. Jangan ingat dak sekolah je ade. Ni la paling best. Mase ni lah masenye kami semua nak bagi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kompeni masing2. Korang pernah tengok tak 'cheerleader' yang ahli-ahlinye terdiri daripada dak lelaki? hah.. tak pernah kan? Kat kem aku ade aww. Aku pun tak taw sejak bile kumpulan ni ditubuhkan. Haha memang lawak giler. Tak caye tanye la dak kem Indera Pahlawan siri 8/2011 batch 1. Dianggotai oleh along and the geng+mamat. Pertandingan kawad pun best gak. Tapi rasenye tak yah la cite kan. Pertandingan kawad pun korang da biase tgk.. ye tak..?


Acara kemuncak. Heheh wirajaya la. Aktiviti yang kiteorang buat?? Tgk la sendiri.




mase baca kompas redah ladang kelapa sawit.


ni pertandingan pasang khemah.


Malam last. Aku nak cite ni. 12 March 2011 tepat jam 9.00 malam telah diadakan malam kebudayaan. Macam2 persembahan yang telah diadakan malam ni. Memang best sangat malam ni tapi sedih gak coz ni malam last ngan dak PLKN. Nak tahu? Watch out...


tarian cina


tarian india


ni pulak persembahan nasyid.


hei.. mari kito mari kito.. hehehe ni lah persembahan dikir barat yang dibimbing oleh Daddy aku, daddy Ehsan.


satu Malaysia.. hehe


Konklusyen daripada cite aku ni, PLKN ni best sebenarnye takde la dasyat sangat cam korang semua pikirkan. Mule2 memang la rase cam nak balik je tapi lame2 korang akan rase best dan taknak balik da kalau bole. Nak2 last day kat kat kem lagi la. Bile dah balik umah masing2 semua sibuk nak balik kem balik. Tak percaye? Tak percaye? tanye la kawan korang yang pernah pegy tu mesti dyeorang akan cakap bende yang same. So kepada yang bakal menghadapi PLKN tu, korang tak yah risau la. Idup kat sane memang best. Makan? Pe korang ingat istana ke? Nak makan sedap2. Ade makanan pun dah kira bersyukur tahu tak. Dah la pegy tak yah bayar. Siap dapat elaun. Pe lagi yang korang nak? Ape? Takut kene denda. Malas nak kene bebel. Ye la semua da besar kan. Takkan nak kene bebel lagi. Alah, leks ah small the pieces je tu. Cam la korang duk umah tak kene bebel. Kalau korang baik, n dengar cakap cikgu, konferm tak kene bebelnye. Kene puji lagi adelah. Denda tu biase la beb. PT 10, PT 20. Bagus pe, at least sihat skit badan korang kan. Bile lagi nak exercise. So, ni la antara kisah idup aku kat kem Indera Pahlawan. Pengalaman aku sendiri tau. Takdenye ciplak2 ni. Real story k. Bukan rekaan taw... ok la tu je. Nanti kalau aku ade pengalaman baru aku cite lagi ok.


3 comments:

  1. wah bestnya..bad x dpt pg plkn..kwn baik bad dpt..
    =)

    ReplyDelete
  2. Eh, anakku mantee ieda ada... tak lupa lagi ekk...
    semoga berjaya dalam hidup..
    dah jadi follower tu...

    http://cikgu-ihsan.blogspot.com/

    ReplyDelete