Pages

OPEN 24 HOURS


I made this widget at MyFlashFetish.com.

PENG!KUT

Popular Posts

Friday, July 15, 2011

Ahlan wasalan kengkawan, lame btl tak update blog ni. Semenjak jadi warga KMTJ ni, hari2 dipenuhi dengan assignment dan kerje2 yang tak pernah habis. Lagy2 duduk kat sini setahun  je so kenelah gunakan mase dengan berhemah. Hhhmm tengah2 duk ronda2 i lurveislam punye websites tibe2 terbace artikel ni " ALAM MAYA VS ALAM REALITI". So saje nak share artikel ni ngan korang semue. Same2 la kite mengambil iktibar darinye ye. Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..


Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..



Friday, May 20, 2011

MeLAYU KiTE

           Ahlanwasalan... Sawadikap. Hhhmm ary ni aku nak story pasal ape yang berlaku di sekeliling kita. Senario yang kerap kite lihat dan alami walhal sebenarnye bukan ape yang diajar oleh agama kite. Senario yang bukan la sedap mata memandang tapi makin menyesakkan MATA DAN HALWA TELINGA. Nak tahu? Check it out...


Situasi 1:
Pakai tudung tapi berpelukkan dengan lelaki depan khalayak umum. Tak malu ke? Kalo Cina ke? Lain la agama diaorang tak menegah perbuatan sedemikian. Ni tak, dah la melayu pakai tudung pulak tu. Korang nak ke nanti ade orang cakap, 

      "Eh! anak sape tu berpeluk-peluk? Mak dia tak ajar ke? Tak belajar agama ke?"


Janganlah kite jadi macam ni. Buat malu jea. Mintakla dijauhkan yea. 

Situasi 2:
Pakaian dah macam mek salleh. Padahal melayu kite. Bile tanye agame. Jawab islam. Tapi pakaian dah macam orang KAPIR. Nauzubillah.



Situasi 3:
Artis buat photo shoot dengan bukan muhrim sampai berlage-lage "aset berharge" tu. Orang macam ni ke nak jadi contoh kepada masyarakat. Yang macam ni ke kite nak jadikan ikutan???






Situasi 4: 
Pembuangan bayi yang sangat2 la kerap kite dengar. Dah pandai buat tak berani pulak nak tanggung. Berani buat anak tu pandai-pandailah jage. Ni tak buang kat tong sampah la, tanam hidup hidup la, buang dalam lubang tandas la. Ish ish lebih zalim dari binatang. Sape punye keje tu??? Melayu kite. Lebih teruk dari zaman jahiliah. Wajarkah bayi yang tidak berdosa ini menjadi mangsa?


gambar hiasan


Situasi 5:
Remaja perempuan bergaduh bergusti tanpa pikir maruah diri kerana berebutkan lelaki. Ape untungnye korang jatuhkan maruah korang untuk jantan cam tu?? Korang ingat kalo korang menang pun lelaki tu nak ke kat korang?

Situasi 6:
Gejala pondan, pengkid, bohsia, black metal dan seumpama dengannye la. Sape yang join geng2 ni?? Anak2 melayu beb. Betul-betul buat malu kaum.


                          



gambar hiasan. Rosak rosak.


Situasi 7:
Ramai anak melayu yang bersikap umpama kacang lupakan kulit. Mereka sanggup memukul ibu dan bapa yang membesarkan mereka hanya kerana permintaan mereka tidak dipenuhi. Sehingga sanggup membunuh ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkannya.





Janganla kite ikut perangai seperti anak derhake tersebut.

Situasi 8:
JENAYAH. Pembunuhan kejam, ragut, rogol, cabul, rompak. Mungkin bukan semua la daripada jenayah tersebut dilakukan oleh melayu kite. Namun hakikat yang tak dapat disangkal lagi ialah sememangnye jenayah tersebut biasanye dilakukan oleh orang melayu sendiri. Kerana sikap dengki, iri hati, tamak dan nafsu mengatasi akal menyebabkan berlakunye jenayah tersebut.




 
watch this.

Aku rase cukupla sampai sini aku membebel. Harap kite semua tak terlibatla dengan perkara dan perbuatan yang telah aku ceritakan di atas. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. Akhir kate tepuk dada tanya iman.  






Friday, May 6, 2011

My fUTURE

          Assalamualaikum kengkawan... Hhhmm cite aku ary ni ialah pasal masa depan aku. Pagi tadi tepat jam 12.40 minit tengahari aku telah 'mentry' cek Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA. Memang tak sabar rasenye nak tahu keputusannye. Tapi rase berdebar la jugak kan. Bismillahirahmanirahim, harap2 la dapat kos yang aku mintak tu(kejuruteraan awam dan ukur bahan). 
          Tapi keputusannye sangat la mendukecitekan:

NO. KAD PENGENALAN/MYKAD:93082711****
NAMA:NUR HIDAYAH BINTI MESWAN

Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA 
dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2011/2012.

Rayuan adalah melalui aplikasi e-Rayuan sahaja dan boleh dicapai mulai 06 Mei 2011 jam 12.00 tengah hari sehingga 16 Mei 2011.

Aplikasi e-Rayuan : https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/rayuan.html
Harap Maklum


hhhmmm... sdh sangat. Sob sob..Cite2ku untuk meneruskan minat dalam bidang civil engineering tidak kesampaian. Tapi betul la orang kate tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Aku telah berjaya menempatkan diri di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.


Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
NamaNUR HIDAYAH BINTI MESWAN
No Kad Pengenalan93082711****
No MatrikMT1122534150 
Program PengajianPROGRAM SATU TAHUN
KursusM007-TEKNIKAL
Nama KolejKOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR 
Tarikh Mendaftar23 MEI 2011  


          Jadi korang dah nampakkan? Apelah pilihan yang aku ade selain matrik. Walaupun matrik bukanlah pilihan pertama aku. Nak wat camno? Mungkin rezeki aku dah kat situ dan dah tersurat olehNya kan. Takpe la aku terima takdir yang telah ditetapkan olehNya. Sesungguhnye Dia lebih mengetahui ape yang terbaik untuk hambaNya. Sebagai hambaNya kite hendaklah bersyukur dengan rezeki dan takdir yang telah ditetapkan olehNya. Kerana setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya. Syukur alhamdulillah, mudah-mudahan aku dapat meneruskan pelajaranku nanti di matrik dengan lancar yea. 

Wednesday, May 4, 2011

FRIENDS VS COUPLE



          Hhhmmm... mesti ade antare korang akan cakap friends lagy best compare to couple. Tapi couple pun best ape. Cube korang tengok member korang yang couple tu happy je memanjang.Bile kengkawan dapat awek/pakwe yang superb mesti dalam aty terdetik. Kalau la ade yang nak kat aku. Bile korang tengok kengkawan dapat hadiah yang sweet dari pakwe/makwe bile ary lahir diaorang mesti dalam aty berkate bilela aku nak dapat hadiah yang cute dan comel cam tu. Untungnye dye dapat bf/gf yang romantik gitu. Yea tak? Korang tengok  cam present kat bawah ni yang biase pasangan couple tu dapat atau bagi. 




wah chocolate, sedapnye. Nyam nyam,..


 cutenye teddy bear ni. Sweetnye pakwe awak. ngenge


ataupun bunge ni. Aku pun nak kalau dapat bunga cam ni. Siap ade ferrero rocher lagi. 



takpun kek sempena birthday korang.


or jam tangan berjenama cam ni kalau dapat bf yang kaya tu kan??


atau you'olls nak dress yang vogue cam ni daripada si dia. 

          Bile member korang dapat hadiah seperti di atas mulela aty meronta-ronta nak pasangan jugak. Nak2 bile tengok pulak picture kengkawan ngan pasangan bergambar mesra.Then, bile pakwe @ makwe membe korang selalu tanye kabar, call and massage. Mesti terdetik diaty korang bestnye ade pakwe/makwe yang caring cam 2. Bertambah-tambahlah keinginan nak kapel jugak, tu yang ade sesetengahnye daripada kite kapel main tangkap jea. Tak kisah la rupe cam ne pun perangai elok ke tak yang penting aku pun ade awek/pakwe ingat ko je ke ade? Dan ada jugak yang terima seseorang sebagai kapel coz dicabar oleh kengkawan. Ish ish ish tak elok la buat cam tu, tak baik mainkan perasaan orang lain.       

          Tapi bile time clash mesti korang akan cakap sib baik aku tak kapel. Lelaki/perempuan semua same jea suke mainkan perasaan, pisau cukur la, buaya darat la, hantu la, perangai jahat cam jin la. Semua ade. Complete. Betul 2. Mase kapel semua indah rase cam korang lah manusia paling beruntung coz dapat gf/bf yang korang memang suke. Tapi bile dah clash rase cam taknak idup dah la. Terus rase benci kat semua lelaki. Adik lelaki 2 la yang jadi mangsa korang lepas geram. Lumrah idup kan? Setiap pertemuan tu ade perpisahan. Kalo orang kahwin pun bole b'cerai ni kan pulak yang takde ikatan ape-ape.


       
        Bile tengok kenyataan di atas mesti korang akan rase wah bestnye kapel. Tapi inilah keadaannye bile korang disakiti oleh si dia. Itulah yang aku alami bile dye mintak untuk putuskan hubungan kiteorang. Nak wat camno?? Takpe la mungkin aku bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku sebab tu lah jika ditanya aku lebih memilih untuk bercouple  berkawan berbanding kapel buat masa sekarang. Kat sini aku senaraikan advantage berkawan, orang kate ape berkawan biar beribu:



  • Korang bole bercerita apa jea dengan dia tanpa perlu berahsia. Ye la dia just kawan korang kalaupun dia tak suka apa yang korang buat, ape hak dia nak marah?? ye tak.
  • Korang bebas berkawan dengan sesiapa jea yang korang suke.
  • Korang juga bebas nak bergurau dengan dia tanpa perlu memikirkan dia akan terasa dengan gurauan korang.
  • Korang bebas buat apa saja yang korang suke tanpa perlu memberitahu dia terlebih dahulu.
  • Korang bebas keluar dengan sesiapa saje terutama yang berlawanan jantina.
  • Korang tak akan terluka atau disakiti dengan perbuatan si dia(gf/bf).
  • Korang tak perlu runsing memikirkan masalah yang korang hadapi dengan sidia terutama bile menjelangnye peperiksaan kerana keadaan ini sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan korang untuk study.
  • Korang jugak  tak perlu nak menyerabutkan pikiran memikirkan cara untuk pujuk sidia jika sidia merajuk dengan korang.
  • Korang pun tak perlu dengar komen tentang perbuatan korang yang sidia tak suke.
  • Mase korang untuk bersama dengan kengkawan juga lebih banyak berbanding bile korang kapel. Kengkawan mungkin akan komplen bile korang lebih banyak menghabiskan mase dengan sidia berbanding diaorang. Korang kene ingat a girlfriend or boyfriend may come and go, but your friends will always be there for you.
          Cukuplah setakat ni lauhan rase aku. Kalau tak cukup garam harap diterima. Kalau terlebih pedas harap dimaafkan yea.  Renung-renungkanlah ayat ini "you're never alone if you've got yourself, and being single can be the best way to really learn who you are."



         

    Thursday, April 28, 2011

    KETAG!HAN...

    Hah? Tengok title tu mesti ade yang ingat aku telah terlibat ngan bende yang tak elok kan? Contohnye:
    *dadah ke
    *kehidupan yang terlampau bebas ke
    *rokok ke
    *video teeettttt
    *oh tidak tidak...
    aku tidak akan sama sekali terlibat dengan perkare2 sedemikian.. tidak same sekali.. ish nauzubillah..mintak dijauhkan. Ketagihan yang dimaksudkan ialah mengedit gambar la. Dalam kebosanan walaupun sudah jauh malam aku bole lagi mengedit gamba. Sebenarnye aku dah agak biase la dalam dunia mengedit gamba ni tapi dekat piknik tu jea. Aku ase kat piknik tu semua tahu kot. Aku pun dah lama tahu tapi ni bukan kat piknik la. Ni kat Funny Photo la. Edit gamba kat sini memang best sangat. Hasilnye sangat la memuaskan. Mule-mule nak wat satu je sekali terlanjur sampai dekat sepuluh la. Memang sangat seronok la mengedit gamba kat sini. Nak tengok hasilnye? Check it out...


    ni yang paling aku suke Tom Cruise pun nak bergambar ngan aku. hehe


    tengok siap ade iklan lagi.. huhu


    haha tgk gamba aku ade dekat mata wang euro. Jangan main-main. Hehehehe



    ha tengok-tengok. Tak mahal pun potret saya tu. Dalam 100 ribu US dollar jea. Kikiki..



    so amacam? bagus kan hasilnye. Lepas ni korang boleh la try sendiri. Pegy je kat Funny Photo. Kat sana macam2 lagi yang korang boleh buat. Ok Semoga berjaya yea. Ape? Dah tahu? Aku je yang lambat. Hehe ada aku kisah???

    Thursday, April 21, 2011

    Hidayah name was use !t...

    Korang nak tahu name Hidayah ni sangat banyak diguna pakai. Name ni digunakan secara meluas didunia ni so sape yang bernama Hidayah tu sebenarnye sangat la bertuah yea. Bersyukur la korang, orang pun selalu sebut2 name Hidayah ni. Betul tak?? Ape? Tak percaye ni mesti tak pernah dengar ceramah agama ni. Kalau korang dengar, kebanyakan ustaz dan ustazah selalu sebut name Hidayah ni. Bukan manusia je gune nama Hidayah ni tau, bangunan pun gune. Check it out,



    ni lah masjid Al-Hidayah di Indonesia.


    ni pulak masjid Al-Hidayah Shah Alam


    lagi masjid yang diberi nama Hidayah


    Tafsir Al-quran.


    tgk, rancangan al-Hidayah yang bersiaran di TV3 pun ade taw.


    tgk nama Hidayah digunakan sampai Australia tu, jangan main-main.


    ni aku suke nyam nyam, Hidayah pun ade restoran taw.


    tgk betapa famesnye name Hidayah ni siap ade majalah lagi. Korang ade? huhu


    Lastly, ni la dye. Korang kenal tak? bohongla tak kenal. Ni lah Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau lebih dikenali dengan nama Ana Raffali. Hidayah jugak kan?

    Jadi aku antara pemilik nama Hidayah ni merasa amat bangga lah dengan kejayaan nama ni. HEHE.. korang jangan jeles...

    Wednesday, April 20, 2011

    Boring, bowink, boing... hehehe

    Ahlanwasalan... sebenarnye waktu aku pos cite ni, mase mood aku dalam keadaan yang sangat memboringkan. Walaupun dah pukul 1.00 pagy. Seriously, memang aku bosan giler ni duk umah tanpa ape2 aktiviti yang menarik. Aku abis SPM dalam 23 December cam tu la. Entah aku pun tak ingat. Then aku pegy PLKN dalam 4 January sampai 13 March. Pastu balik umah. Start situ sampaila skunk aku just duk umah, tanam anggur. Tapi orang lain tanam anggur dapat gak hasil kan? Aku? Ape ade?? ish.. memang boring sangat la. Mase ni baru la aku terpkir-pikir alangkah indahnye jika aku dapat kembali ke zaman persekolahan. Mase tu yang aku ingat cume nak main je, study pun ala kador je. Tu pun orang cakap ape, last minute preparation. Ye la bile da dekat nak exam baru nak study kan?? Mase ni la baru semua sibuk bersengkang mata menelaah buku. Kalo tak jangan harap. Pas2 bile time nak jawab paper mulela mate ni rase berat jerk sampai meleleh air matetu. Nasib baik aku dapat tahan mata aku daripada terlelap mase jawab exam setakat tersengguk sekali due tu adelah. Homework pun tak penah nak siap. Nak2 add math. Mase skola dulu bile dapat peluang balik umah. Ye la aku kan budak ostel pe lagy, mengadap tv je la kejenye qodo' episod yg da banyak t'tinggal tu takpun on9. Tu je la kejenye. Tak hingat dah nak study. Bile mak start membebel pekakkan je la telinga. Buat tak dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ish nasib aku memang baik coz bapak aku tak join sekaki. Kalau tak memang tak cukup telinga la nak tadah. Kalau la aku tahu duk umah bosank cam ni mesti aku akan study betul2 mase sekolah dulu.

    Betul, jadi kepada adik2 yang masih bersekolah tu jangan la jadi cam akak ni yerk. Kepada yang dapat ape straight A'S mase UPSR dan PMR tu tok sah la berlagak sangat yang korang tu pandai bebeno yerk. Sebab SPM ni memang lain daripada yang lain dan sangat susah kalo korang tak study betul2. Kalo PMR tu bole la korang bergantung pada nasib tapi SPM takdenye. Camne usaha korang camtu la result yang akan korang dapat. Cakap betul ni takdenye nak reka2. Orang kate ape, jangan sampai nasi dah jadi bubur. Cam aku ni, secare jujurnye aku agak disappointed la dengan result SPM aku. Tapi nak wat cam ne bende da lepas. Nak tak nak aku kene la terima. Dah la aku ase cukup la tu aku membebel kan. Sebenarnye bukan nak membebel sangat pun. Just nak bagi ape peringatan dan nasihat jerk. Dulu senior cakap kat aku, aku tok sedor so skunk giliran akula pulak bagi korang sedor skit. Ok la tu je la aku nak membebel. Kan bebel panjang2 korang tak nok dengo pulok. Budak skunk bukan bole membebel bagi nasihat sikit. Same la cam tukang tulis ni pun same dengan je ngan korang. Well, ni kan zaman IT, ape barang bebel2 ni kan. Ish ish ish.. k lah renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum...



    last day dalam kelas sebelum SPM..


    kelas 4 Awam 2


    Jamuan Pengawas KOOP 2010


    Jamuan kelas 5AWAM 2


    sukantara Teknik Kuantan


    Perkhemahan pelajar berjawatan khas..


    Sekolah aku TEKNIK KUANTAN..

    Tuesday, April 19, 2011

    AL K1SAH H!DUPKU D! PLKN

    Eh korang aku ada cite ni.. nak dengar tak aku nak cite ni?? Aku nak cita pasal hidup aku kat PLKN ni. Aku dapat kem Indera Pahlawan Maran. Hari pertama aku jejak kaki dekat kem tu. Hmmm nak tahu pe aku rase??? excited doe. Takut pun ada gak sebab aku tengok jurulatih semua serius je. Tapi diaorang semua baik sebenarnye. Kem aku la kem lain aku tak tahu la pulak. Saat yang menyeksekan nak tahu ape? Mestila mase terpaksa berpisah dangan phone. Nak tak nak kene gak bagi. Then bercerita lak pasal dak dorm. Budak katil sebelah aku ni budak KL taw. Peah name dye. Nampak cam pendiam je so aku nak cakap banyak2 pun tak berani. Yang sebelah lagi dak Kuantan Sarah. Nasib baik la dak yang duk sebelah aku dalam bas tu satu dorm ngan aku. Nama dia Ana. Kalau tak aku pun tak tahu nak borak ngan sape. Dak kemaman ade 3 orang je lam dorm tu termasukla aku.







    ni lah kem aku korang ade???


    Ary seterusnye aku mule rase bosang.. ye la mane doknye. Ary2 kene bebel kot. Lepas tu asyik duk dalam kelas je. Tapi duk dalam kelas best aw. Sebab ape? Yela teduh tak kene panas. Tapi dalam kelas la banyak bende yang aku belaja. Dalam kelas CB aku mula membina keyakinan untuk bercakap depan orang ramai. Sikap bertanggungjawab. Tidak boleh menyalahkan orang lain atas kesalahan kite sendiri. Ye la kite manusia kan kadang2 silap kita sendiri kita masih nak salahkan orang lain. Itulah kalau dah namenye manusia. Mase ni gak aku dapat menunjukkan bakat yang sekian lame terpendam ni. Nak tahu ape berlakon la. Tapi.. hah, ada tapi taw.. aku cume jadi orang gaji je. Part aku pun skit je. Nak wat cam ne. Redo je la. Bukan tu je. Aku belaja gak tentang kegunaan otak. Korang tahu otak kanan ni lebih kepada kreativiti. Otak kiri lebih kepada penyelesaian masalah. Kenangan paling best lam kelas. Mase kiteorang persembahkan tarian satu Malaysia. Bestt giler kot. Satu ary training tarian uh. Yang lawaknye kiteorang ingatkan mase dah cukup bile p'sembahan kiteorang dah habis sekali ade lagi 4 minit da. Last2 kiteorang hentem je la. Memang lawak giler. Nasib baik dyeorang pandai menari, aku follow je. Memang banyak la kenangan dalam kelas ni. Yang paling penting mase ni gak la aku jumpe 'si dia' yang penakut nak terus terang tu. Eh tak bole cakap lebih2...


    Cite pasal aktiviti fizikal lak. Kiteorang kat sini best tau. Kiteorang belaja dan dapat rase sendiri pengalaman berperang. Bukan berperang betul2. Ish korang ni. Maksud aku menembak guna M16 tapi bukan tembak ikut dan je aww. Tembak kat papan sasar lah. Memang best giler pengalaman ni. Walaupun panas tapi tetap best. Kau ade? Ni dak PLKN je dapat rase taw.

    ni lah dye M16 yang aku maksudkan tuh.

    Hah.. lagi aktiviti yang aku suke. Hah. Kembara Halangan. Nampak mudah, tapi tak la semudah yang kite nampak. Aktiviti ni memerlukan kerjesama yang sangat kuat aw. Macam aur dengan tebing la. Tak caye?? tgk ni...


    skunk dah caye?? Tapi aktiviti ni lah telah meninggalkan kesan yang mendalam, mase ni gak la lutut aku telah bengkak kerana terhantuk besi(akibat tidak berhati-hati). Haha sakit kut sampai berbalut. Padan la dengan muke. Lagi.. Kali ke2 buat aktiviti tu t'jadi lagi incident yg tidak diingini. Mase aku membantu kawan aku untuk melepasi tembok setinggi 6 kaki. Tiba-tiba........ ooouuucchhhh spike boat dye terkena bibir aku akibatnye oh no bibir aku yang comel ni dah jadi cam bibir Angeline Jolie. Ni lagi sakit doe. Ishh sob sob malang sungguh nasib aku kan. Korang kesian tak???


    Ha? Ape? Nak taw lagi cite. Mmm pe lagy erk nak kabo. Ade2. Ni lagy best nak cite. Mase kiteorang wat flying fox and rapelling. Mood mase ni??? dah macam nescafe three in one da. Excited+debo+gugup.. semua ade la. Debo?? mestila mase nak turun tu. Gugup?? Mase duk kat atas menare tu. Tinggi kut. Excited? Mestilah mase da turun tu, mule2 je takut. Bile dah turun best giler. Cikgu nak buat lagi bole?? Hehehe mane bole sekali sorang je la. Ko nak wat banyak kali, buat la sendiri turun dari KL tower tu. Lagi best??? Best ke? Tak sanggup aku.




    Rapelling lak. Ni lagi best. Sape yang b'langak sangat, rase dye tu berani. Cube buat ni. Tengok sikit berani ke tak. Tapi siyes yang ni lagi kecut perut aku nak buat. Rase macam nak terkeluar semua isi perut ni. Dasyat kan. Hah? Ape? Tak tahu rapelling tu ape.. hmmm jap jap nanti aku tunjuk kat korang. Tarraaa...



    ni lah dye rapelling tu. Best kan. Nampak senang tapi susah gak benonye. Ni dak PLKN je rase. Korang rase?? Tak kan?

    Pe lagy yang best kat PLKN ek? Jap jap bagy aku pikir lu. Pertandingan kat sana. Semua best contohnye, lagu patriotik, kuiz kenegaraan, menembak pun b'tanding aww, jgn main2.

    Hari sukan pun ade aww. Jangan ingat dak sekolah je ade. Ni la paling best. Mase ni lah masenye kami semua nak bagi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kompeni masing2. Korang pernah tengok tak 'cheerleader' yang ahli-ahlinye terdiri daripada dak lelaki? hah.. tak pernah kan? Kat kem aku ade aww. Aku pun tak taw sejak bile kumpulan ni ditubuhkan. Haha memang lawak giler. Tak caye tanye la dak kem Indera Pahlawan siri 8/2011 batch 1. Dianggotai oleh along and the geng+mamat. Pertandingan kawad pun best gak. Tapi rasenye tak yah la cite kan. Pertandingan kawad pun korang da biase tgk.. ye tak..?


    Acara kemuncak. Heheh wirajaya la. Aktiviti yang kiteorang buat?? Tgk la sendiri.




    mase baca kompas redah ladang kelapa sawit.


    ni pertandingan pasang khemah.


    Malam last. Aku nak cite ni. 12 March 2011 tepat jam 9.00 malam telah diadakan malam kebudayaan. Macam2 persembahan yang telah diadakan malam ni. Memang best sangat malam ni tapi sedih gak coz ni malam last ngan dak PLKN. Nak tahu? Watch out...


    tarian cina


    tarian india


    ni pulak persembahan nasyid.


    hei.. mari kito mari kito.. hehehe ni lah persembahan dikir barat yang dibimbing oleh Daddy aku, daddy Ehsan.


    satu Malaysia.. hehe


    Konklusyen daripada cite aku ni, PLKN ni best sebenarnye takde la dasyat sangat cam korang semua pikirkan. Mule2 memang la rase cam nak balik je tapi lame2 korang akan rase best dan taknak balik da kalau bole. Nak2 last day kat kat kem lagi la. Bile dah balik umah masing2 semua sibuk nak balik kem balik. Tak percaye? Tak percaye? tanye la kawan korang yang pernah pegy tu mesti dyeorang akan cakap bende yang same. So kepada yang bakal menghadapi PLKN tu, korang tak yah risau la. Idup kat sane memang best. Makan? Pe korang ingat istana ke? Nak makan sedap2. Ade makanan pun dah kira bersyukur tahu tak. Dah la pegy tak yah bayar. Siap dapat elaun. Pe lagi yang korang nak? Ape? Takut kene denda. Malas nak kene bebel. Ye la semua da besar kan. Takkan nak kene bebel lagi. Alah, leks ah small the pieces je tu. Cam la korang duk umah tak kene bebel. Kalau korang baik, n dengar cakap cikgu, konferm tak kene bebelnye. Kene puji lagi adelah. Denda tu biase la beb. PT 10, PT 20. Bagus pe, at least sihat skit badan korang kan. Bile lagi nak exercise. So, ni la antara kisah idup aku kat kem Indera Pahlawan. Pengalaman aku sendiri tau. Takdenye ciplak2 ni. Real story k. Bukan rekaan taw... ok la tu je. Nanti kalau aku ade pengalaman baru aku cite lagi ok.